Dua tahun catu duit, Ali Puteh dedah hanya terima gaji RM300 pada job terakhir

Dua tahun catu duit, Ali Puteh dedah hanya terima gaji RM300 pada job terakhir

Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila pelawak Ali Puteh memaklumkan hanya akan membayar ganti rugi kepada pihak Hidayah sebanyak RM60,000 secara ansuran. Lebih mengeruhkan keadaan, Ali Puteh turut mendakwa pihak Hidayah telah menabur garam pada rumah arwah Abam.

Terbaharu, Ali Puteh yang kerap kali menjadi kecaman netizen mendedahkan pertelingkahan yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan kepada karier beliau.

Ditipu syarikat daripada menjadi duta ayam sehingga dibatalkan persembanhan pada saat akhir antara yang membuatkan Ali Puteh sukar untuk menerima pendapatan selama dua tahun terakhir ini.

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan sekadar menerima bayaran sebanyak RM300 sahaja pada job terakhir beliau di mana beliau terlibat dalam sebuah program mengaji Al-Quran.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarah Syed Mohd Ridzuan mendedahkan beliau bukan tertekan dalam mencari pendapatan malah terpaksa menanggung isteri dan anak serta ibunya Allahyarham Sabariah Arshad yang sebelum ini memerlukan wang untuk kos perubatan.

Difahamkan sempena dua tahun terakhir ini, beliau banyak menggunakan wang beliau sendiri sendiri serta memilih untuk berjimat-cermat. Malah, beliau mengakui terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sebagai modal bisnes.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.” ulas Ali Puteh.

Mengulas mengenai kesusahan yang dihadapi, Ali Puteh tidak mahu menyalahi mana-mana pihak sebaliknya beliau akui mungkin ujian yang diterima merupakan balasan tuhan terhadap dosa-dosa yang pernah beliau lakukan.