Duda dicekup berkhalwat dengan janda anak 11

Duda dicekup berkhalwat dengan janda anak 11

 

Selalunya, bila tiba tarikh-tarikh hot seperti ‘Sambutan Tahun Baru’ ataupun ‘Valentine Day‘, pihak berkuasa terutamanya dari Jabatan Agama Islam di setiap negeri akan ligat mencekup pasangan yang disyaki berkhalwat atau duduk dalam keadaan mencurigakan.

Antara lokasi yang menjadi target sudah tentulah hotel-hotel bajet sekitar atau berhampiran kawasan perlancongan seperti pantai.

Anggota pasukan unit beruniform beri alasan rumah tiada air, tumpang di rumah janda

Tapi lain pula yang berlaku di Jasin, Melaka ini apabila dilaporkan seorang anggota pasukan unit beruniform telah pun dicekup berkhalwat di kediaman seorang janda.

Ketika didatangi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 3.20 pagi tersebut, lelaki berkenaan memberi alasan rumahnya tiada bekalan air.

Pihak serbuan terpaksa tunggu 15 minit sebelum pintu dibuka

Sewaktu serbuan, anggota yang bertugas terpaksa tunggu hampir 15 minit meskipun ketika itu salah satu bilik di bahagian hadapan masih bernyala lampunya sebelum pintu dibuka.

Hasil pemeriksaan mendapati ‘pejawat awam’ berusia 35 tahun tersebut juga seorang duda berada atas katil bersama salah seorang anak lelaki kepada wanita berkenaan yang berumur 16 tahun.

Janda mempunyai 11 anak hasil dari 2 perkahwinan…Si lelaki pula duda 2 anak baru berpisah dengan pasangan pada Januari

Bukan itu sahaja, janda berkenaan merupakan ibu tunggal kepada 11 orang anak hasil daripada 2 perkahwinan sebelum ini. Malah wanita berusia 46 tahun tersebut juga adalah tunangan orang dan bakal berkahwin lagi pada April depan.

Manakala, lelaki yang dicekup bersama itu pula merupakan duda dua anak dan baru berpisah dengan pasangan pada Januari lalu.

Semakan juga mendapati, wanita itu mempunyai rekod berkhalwat dengan lelaki lain dua tahun lalu dan sudah bersekedudukan dengan duda tersebut sejak setahun lalu