Duduk di kerusi juri, baju Aina Abdul ganggu penonton belakang?

Duduk di kerusi juri, baju Aina Abdul ganggu penonton belakang?

Penampilan penyanyi, Aina Abdul dengan imej berturban tinggi pada minggu kedua sebagai juri tetap program realiti Big Stage musim kelima mendapat kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran foto di laman Instagram, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani dikecam apabila fesyennya dikatakan agak mengganggu pandangan penonton yang duduk di belakang.

 

Pada masa sama, segelintir netizen meminta pasukan  penata gaya menilai semula konsep digayakan Aina yang kadangkala dilihat agak keterlaluan berbanding menonjol seni fesyen itu sendiri.

Malah, mereka berpendapat bahawa lebih baik sekiranya penyanyi lagu Terus Hidup itu tampil sederhana mengikut kesesuaian atau situasi dalam sesebuah acara.

Kreatif tapi perlu sesuai dengan keadaan

‘Over’ sangat pun orang akan bosan

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Aina memaklumkan pada mulanya turban tersebut lebih tinggi tetapi terpaksa dipotong sedikit demi keselesaan.

“Bila saya mencuba turban itu, saya percaya bukan saja netizen, malah penerbit program pun akan kecam sebab itu kami potong sedikit.
“Saya akui turban yang digayakan itu berat kerana selepas peserta kelapan mengadakan persembahan, saya mula rasa tidak selesa dan sakit kepala,” jelasnya.

Namun begitu, Aina berkata dia dan pasukan memang melakukan perbincangan pada setiap minggu mengenai fesyen yang ingin ditampilkan.