“Duduk je dah sama tinggi..” – Tinggi pemain import bola jaring Terengganu buat ramai tergamam

“Duduk je dah sama tinggi..” – Tinggi pemain import bola jaring Terengganu buat ramai tergamam

Ketinggian adalah sesuatu yang sangat diimpikan oleh ramai orang, lebih-lebih lagi buat kaum wanita. Pun begitu, ketinggian ini merupakan genetik dan sesuatu yang boleh dikira sebagai rezeki.

Baru-baru ini, satu video di TikTok menarik perhatian ramai di mana seorang pemain bola jaring mempunyai ketinggian yang luar biasa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Astro Arena, pemain tersebut dikenali sebagai Arirak Ampharat, dia merupakan pemain import dari Thailand yang bakal beraksi bersama Terengganu Marvels bagi Netball Super League (NSL).

@astroarena

Try teka tinggi dia berapa? NSL tak lama dah nak start ni..tlg la kosong jadual korang datang ramai2 stadium Juara Bukit Kiara… #NSL2023 #RuleTheCourt #SukanDiTikTok #SportsOnTikTok

♬ original sound – Astro Arena – Astro Arena

Hasil carian, Arirak Ampharat merupakan seorang pemain bola jaring profesional yang baru sahaja berusia 23 tahun dan dia juga mempunyai ketinggian 202CM. Tinggi tu!

Dalam video itu, Arirak yang sedang duduk dilihat sudah sama tinggi dengan seorang lagi wanita yang sedang berdiri, kemudian sejurus dia berdiri ketinggiannya hampir menyamai ketinggian lampu dibelakangnya.

“Makan apa agaknya dia ni?” 

Perkongsian video itu membuatkan ramai yang teruja dan kagum dengan ketinggian pemain bola jaring itu.

Malah, ramai juga yang berseloroh seakan insecure dengan ketinggian Arirak serta membandingkan tingginya dengan mereka.

Cats 5