Duet bersama, Isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat ‘rap’ pertama kali di pentas terima pelbagai reaksi netizen

Duet bersama, Isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat ‘rap’ pertama kali di pentas terima pelbagai reaksi netizen

Penyanyi dikenali dengan nama Haqiem Rusli baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas muncul di pentas berduet dengan isterinya, Anis Sofea. Umum sedia tahu Anis Sofea bukanlah seorang penyanyi namun kemunculan di pentas membuatkan ramai kagum dengan keyakinan dirinya.

Bagaimanapun kehadiran isteri Haqiem Rusli di pentas bersama suaminya itu telah mencuri perhatian ramai. Untuk info, Haqiem Rusli dan Anis Sofea mendirikan ‘mahligai’ mereka pada November 2021.

 

Semalam acara Malam Mimpi Haqiem Rusli telah berlangsung di Panggung Asia, Gombak dan penyanyi lelaki ini mempersembahkan 15 lagu. Namun begitu kemunculan isteri Haqiem Rusli pertama kali duet dengan suaminya di pentas berkenaan telah menjadi buah mulut ramai.

Berikut adalah rakaman isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat rap pertama kali duet dengan suaminya itu di pentas berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Era.Je:

 

@era.je

First time tau wife @haqiemrusli98_ nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu Pink Venom lagi. 😃 #sharERA #malammimpihaqiemrusli #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Di ruangan kapsyen, tertulis yang isteri Haqiem Rusli bernama Anis Sofea ini menyanyikan lagu Pink Venom dan difahamkan ia adalah pertama kali mereka berduet.

“First time tau wife @haqiemrusli98_ nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu Pink Venom lagi.”

Meninjau di ruangan komen, persembahan isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat rap ini telah menerima pelbagai reaksi ramai. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

“Ni fun2 je ni tak fikir sedap ke apa…Yang penting confident you..Tapi memang confident so cute”

“Apa pun love sebab dia tak awkward haha”

“Hilang terus karakter pemalu si anis ni…Baguih2 ni yang kita mahukan”

“Pandai jugak bini hakim nyanyi..Nampak lembut boley buat rap baiii..Power lah”