Dukun sedut air liur & tanam 42 wanita di ladang tebu gara-gara kemaruk mahu ilmu hitam

Dukun sedut air liur & tanam 42 wanita di ladang tebu gara-gara kemaruk mahu ilmu hitam

 

Kisah mistik berkaitan ilmu hitam memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Indonesia.

Mengimbau semula ke penghujung tahun 1980-an, jenayah gila yang dilakukan oleh Dukun Ahmad Suradji a.k.a Datuk Maringgi masih menaikkan bulu roma walau diceritakan pada zaman sekarang.

Kehidupan Suradji juga agak pelik

Melihat kehidupan awal dukun ini, sumber berkata ayahnya telah pergi bertemu Tuhan saat Ahmad Suradji baru berusia 7 bulan.

Ketika membesar, dia pernah termasuk dalam perigi yang amat dalam namun berjaya diselamatkan.

Sejak itulah ibunya menggelarnya dengan nama Nasib Kelewang kerana percaya dengan nasib baik anak itu.

Suradji pernah kahwin dengan 2 adik ipar serentak

Setelah berkahwin dengan isterinya, Tumini, kehidupan yang disangka bahagia tidak kekal lama.

Entah mengapa, Ahmad Suradji meminta untuk kahwin lagi namun peliknya dengan 2 adik ipar sendiri.

Mereka berempat bahkan duduk sebumbung membuatkan ibunya sering bising.

Dukun ini lantas menghalau maknya kerana rimas sering ditegur.

Dapat mimpi bapa nak wariskan ilmu sakti

Seawal usia 12 tahun, dia suka membaca buku ilmu hitam peninggalan ayahnya yang dahulu bekerja sebagai dukun.

1 malam, dia mendakwa lelaki itu muncul dalam mimpinya berkata mahu mewariskan sebuah ilmu sakti yang boleh digunakan untuk tujuan pelindung diri dan merawat orang.

Namun syaratnya bukan main kepalang di mana Ahmad Suradji perlu mengorbankan 72 orang perempuan dan sedut air liur mereka.

Penemuan 42 tubuh wanita dikuburkan di ladang tebu belakang rumah Suradji…Sebahagiannya tinggal rangka

Dalam masa sama, ramai orang kampung percaya termasuklah kemampuan Suradji  mencantikkan seri wajah seseorang.

Saat inilah ramai pelanggan wanita terjebak lalu dijadikan peluang untuk Datuk Maringgi memerangkap orang yang diperlukan.

Sampailah ke tahun 1997, tembelangnya pecah apabila polis menemukan 42 tubuh wanita tertanam di ladang tebu tanpa seurat pakaian.

Pengalaman mendebarkan Yanti yang hampir terperangkap dengan ritual Suradji

Menurut pengalaman menakutkan dialami pelanggan bernama Yanti, berikut adalah ritual yang perlu dibuat mengikut arahan Ahmad Surdji.

  • Membaca mantera.
  • Minum air yang diludah Ahmad Suradji.
  • Keesokan malam, mereka pergi ke ladang tebu dalam keadaan gelap.
  • Dukun bentangkan tikar kecil di atas tanah.
  • Yanti diminta buka semua pakaian & masuk ke dalam lubang yang sudah dikorek (sampai paras leher).
  • Kononnya disuruh bertapa sambil badan terkubur dalam tanah.

Secara tiba-tiba, mulut Yanti ditekup dari belakang tapi mujur saja dia kuat menolak Suradji. Tergesa-gesa memakai semula pakaian, dia terus lari bagi menyelamatkan diri.

Bagi jenayah berantai yang dilakukan dari 1986-1997, dia dikenakan hukuman paling berat manakala sterinya yang bersubahat juga dihukum penjara seumur hidup.