Dulu dengan rumah semi D tiga tingkat, katil victorian king, renovate dapur wet & dry kitchen puluhan ribu. Kereta import, motor superbike. Bercuti villa mewah. Akhirnya terduduk selepas diceraikan suami. Gaji daripada RM45 ribu bertukar jadi RM900 sebulan. Memang perit mat…

Dulu dengan rumah semi D tiga tingkat, katil victorian king, renovate dapur wet & dry kitchen puluhan ribu. Kereta import, motor superbike. Bercuti villa mewah. Akhirnya terduduk selepas diceraikan suami. Gaji daripada RM45 ribu bertukar jadi RM900 sebulan. Memang perit mat…

Kalau ada duit lebih, belajarlah untuk spending lebih kepada :

1) quality and delicious food
2) experiences (traveling to other countries)
3) saving and investment.

3 perkara diatas lebih berbaloi daripada berbelanja sekadar untuk menunjuk2 siapa lagi mewah dan untuk bermegah2 siapa lagi ada2.

Secara am nya, memang budaya kebanyakkan masyarakat melayu lebih suka dapat validation dari orang keliling. Maka lahirlah penyakit FOMO dan menunjuk2 biarpun duit simpanan sebenarnya nan hado je.

Saya banyak belajar dari zaman kejatuhan sendiri. Dulu dengan rumah semi D 3 tingkat, katil victorian king, renovate dapur wet and dry kitchen puluh2 ribu. Motor superbike 1200cc, kereta import. Bercuti villa 7star bila dapat bonus, kadang2 keluar negara. Semua serba serbi mewah dan memang saya mengaku ada niat nak menunjuk2. Terlalu lama perasaan riak dan takbur menguasai hati saya tanpa saya sedar saya enjoy dapat bermegah2 di media sosial ketika itu. Allahuakbar!.Masa tu saya pikir takpelah saya kerja, ini lah masa nak reward diri sendiri. Saving memang kelaut dalam…zero!

Sampailah satu masa Allah takdirkan saya jatuh sakit, ex husband ceraikan saya dan berkahwin lain. Saya diberhentikan kerja banking. Maka, ber huhu la saya dengan anak2, menumpang sana sini.

Merangkak semula dengan pakej depression, dan beberapa kali suicidal attempt. Saya usung anak2 ke sana sini tidur bus stand dan menumpang surau2, akhirnya reality check hit me, saya rasa seperti ditampar ketika merenung anak2 terbaring atas lantai surau di 1 bas sentral. Saya baru sedar yang saya kena kuat dan keluar dari semua ni demi anak2.

Berbekalkan HUTANG lebih rm100k, anak 3 orang, sorang mild autism, dijandakan pada usia 33 tahun dan dibuang keluarga sebab dah tak berduit. Memang pakej lengkaplah yang membuktikan tiada sesiapa hatta bujang, duda, apalagi suami orang yang nak dekat saya šŸ˜‚. So saya start balik mendaki dari bawah.

Nak get back to banking industry dengan blacklisted CCRIS CTOS memang dalam mimpi je lah. Jadi saya apply lah jaga kaunter ticket bas. Dah memang hari2 pun muka saya kat situ kan. Bermula lah career baru saya sebagai penjaga kaunter.

Selepas setahun bekerja sebagai penjaga kaunter tiket bas, saya upgrade diri sikit ke MANAGER retail. Dari gaji dulu combine saya dan ex husband RM45 RIBU SEBULAN, kemudian jadi hanya RM900 sebulan šŸ˜‚ . Bila dapat MANAGER retail dapat la dalam RM3 RIBU gituh sebulan. Malangnya HUTANG2 saya dengan BANK je kena bayar LEBIH dari Itu. So terpaksa lah buat side income sini sikit, sana sikit. Nasib baik takde rumah. Kereta pun pakai axia cash buruk je. Alhamdulillah.

So start lah balik survive dan struggle, pejam celik dah 4 tahun dah. Now dah duduk rumah yang selesa, 3 bilik kecik je menyewa tapi cukup untuk anak2. Kadang2 saya terpikir mungkin apa yang jadi, kenapa ALLAH tarik nikmat saya ASBAB saya takpernah hargai dan BERSYUKUR dengan apa yang saya pernah ada. Saya anggap semua tu privileged yang saya wajib dapat dan deserved untuk dapat.

Sekarang, dapat tidur atas toto pun saya rasa nikmat sangat2 dah. Bercuti hotel 3 star janji ada pool kecik2 pun anak2 dah cakap terima kasih banyak2 kali sangat. Makan nasi putih panas2 rebut2 dengan ikan masin pun anak2 bertambah2 2,3kali dah…Maka NIKMAT apa lagi yang kau dustakan? ALHAMDULILLAH..

Sumber – FB