“Dulu penjaga gol kebangsaan, kini jadi tukang masak pula,” warganet terkejut lihat keadaan terkini Apek
Nama bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek semakin kurang disebut-sebut tidak seperti ketika zaman kegemilangannya.
Namun masih ramai yang ingin mengetahui perkembangan Apek yang dahulunya merupakan penjaga gawang terbaik Asia Tenggara.
Pernah membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki sebelum ini, lelaki itu juga pernah menjadi pemain penting ketika Kelantan FA memenangi kejuaraan tiga liga tempatan iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012.
Apek ketika ini berkelana ke kelab bola sepak Sabah FC selepas mengerah keringat untuk Melaka sebelum ini.
Kini beliau beralih arah mencari rezeki dengan menjadi tukang masak.
Menerusi dua keping gambar yang tular di Facebook My Sabah, kelihatan anak jati Kota Bharu itu sedang memasak di sebuah restoran di Sabah.
Difahamkan, restoran tersebut merupakan milik rakanya yang baru dibuka. Kedatangan Apek ke premis tersebut adalah untuk mempromosikan restoran tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial terkejut apabila melihat gambar berkenaan dan menyangkakan Apek kini bergelar tukang masak.
“Terkejut saya, ingat Apek dah betul-betul jadi tukang masak selepas tidak bermain dengan Harimau Malaya, mujur untuk promosi sahaja,” kata Jo Bangsar.
“Kalau betul dia jadi tukang masak saya rasa dia memang pandai memasak sebab berketurunan Siam. Orang Pantai Timur kan pandai memasak, apapun semoga Apek berjaya dalam mana-mana bidang (disertainya),” kata Shamsul Pahmi.