Ebit Lew kata Mondy ukir tatu sendiri, tapi video lama dedah perkara sebaliknya

Ebit Lew kata Mondy ukir tatu sendiri, tapi video lama dedah perkara sebaliknya

 

Pempengaruh sensasi, Ebit Lew sebelum ini tampil menjawab segala dakwaan di media sosial mengenai tindakannya membantu ibu tunggal bernama Mondy, yang berasal dari Indonesia.

Menurut Ebit, perjumpaannya dengan gelandangan itu bukanlah dirancang. Tatu di badannya juga dibuat oleh Mondy sendiri. Begitu juga dengan pendakap gigi yang dipakai merupakan pendakap gigi palsu berharga 50,000 rupiah bersamaan RM15.

Ramai yang masih sangsi dengan penjelasan Ebit Lew kerana adalah tidak masuk akal seseorang itu boleh mencacah tatu di muka sendiri. Melainkan di bahagian yang mudah dicapai oleh tangan sahaja.

Penyanyi Caprice, semalam menerusi Instastory mendedahkan kepada umum video yang menunjukkan Mondy membuat tatu di wajahnya. Bukannya dibuat oleh Mondy sendiri tetapi dengan menggunakan khidmat orang luar.

“Tubuh saya adalah jurnal saya, dan tatu saya adalah kisah saya,” kata Mondy dalam video tersebut.

Langgar peraturan Imigresen

Semenjak Mondy dibawa ke Malaysia dan berniaga sambal secara terang-terangan di TikTok, ramai yang mula mempertikaikan tindakan Ebit Lew itu yang dianggap tidak masuk akal.

Sedangkan umum mengetahui bahawa menurut undang-undang Jabatan Imigresen, warga asing yang masuk ke Malaysia bagi tujuan lawatan sosial adalah tidak dibenarkan untuk bekerja mahupun berniaga.

Warga asing yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan hukuman penjara dan denda kerana gagal mematuhi syarat-syarat pas lawatan sosial.

Pendapatan RM10,737 sebulan

Selain itu, ada individu juga tampil mendedahkan Mondy mempunyai lebih dari satu juga pengikut di TikTok. Berdasarkan jumlah pengikut itu, Mondy dianggarkan meraih pendapatan bulanan sebanyak $2,327 atau RM10,737.