Ebit Liew dikecewakan, niat baiknya ditentang penduduk
Kisahnya bermula apabila pemilik kepada haiwan gelandangan yang selama ini berkhidmat tanpa upah ini meninggal dunia.
Mak Intan, meninggal kerana kanser telah memulakan usahanya sejak 30 tahun untukmengumpul anjing dan kucin terbiar, sambil merawat haiwan tersebut sekiranya didapati luka.
Namun tempat yang digunakan bagi menempatkan haiwan gelandangan itu bakal diambil semula oleh pihak berkuasa tempatan bagi dibangunkan. Setelah ditawarkan untuk menyewa di 1 tapak lain selama 6 bulan, pihak Ebit Liew tampil hadir menghulurkan bantuan untuk mencari 1 tanah kosong ataupun sebuah gudang untuk disewa bagi tujuan tersebut dengan segala kos ditanggungnya.
Dengan kadar sewa rm4300, Ebit Liew bersetuju, dia terus bawa kontraktor dan Dr Vet yang sentiasa membantu selama ini termasuk membuat sistem kumbahan, sistem air, bilik-bilik pengasingan, tempat makanan, kipas, ventilation dan tanah tempat bermain dan lobi tetamu supaya dapat dijadikan zoo dalam taman untuk kunjungan dan mereka yang ingin membantu.
Namun setelah persetujuan dicapai, wujud masalah baru apabila tujuan murni Ebit Liew itu dibantah penduduk setempat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kubang Jelai Md Daud Rusdi Hassan, 62, berkata, ia berikutan majoriti penduduk di kampung itu beragama Islam selain gudang itu berhampiran dengan masjid.
Katanya, penduduk turut bimbang sisa buangan najis haiwan itu akan disalirkan ke sungai (tali air MADA) berhampiran kerana ia menjadi sumber air hampir 100 hektar sawah di kawasan itu. Walaupun gudang itu adalah hak persendirian seorang daripada penduduk kampung ini, namun kehadiran anjing pasti akan mengganggu penduduk dengan salakan serta bau kurang menyenangkan – HM