Eina Azman kongsi video menangis, luah rasa tak dihargai cetus rasa bimbang peminat

Eina Azman kongsi video menangis, luah rasa tak dihargai cetus rasa bimbang peminat

 

Beberapa perkongsian terbaharu pelakon, Datin Eina Azman menerusi InstaStory mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di laman Instagram.

Salah satu posting memaparkan pelakon berusia 28 tahun itu dalam keadaan menangis sehingga mengalirkan air mata dengan meletakkan emoji ‘hati’ berwarna putih pada bahagian mata serta ‘patah hati’ berwarna merah di bawah video.

Selain itu, Eina turut memuat naik satu ‘quote’ atau ayat petikan mengenai luahan rasa tidak dihargai selepas hadir dalam kehidupan seseorang.

Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, jadikan mereka menghargai ketiadaan anda,” tulis petikan berkenaan.

Malah, video menangis itu juga tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik seorang pengguna bernama @einaazman13 tetapi belum dapat dipastikan sama ada akaun tersebut adalah milik Eina atau peminatnya.

@einaazman13

💔💔💔

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Meninjau di ruangan komen video TikTok terbabit, rata-rata netizen mempersoalkan apa yang terjadi kepada pelakon drama bersiri ‘The Maid’ itu selain membuat spekulasi berhubung rumah tangga pelakon tersebut.

Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu mendakwa tindakan ibu dua cahaya mata itu sekadar gimik semata-mata bagi melancarkan produk penjagaan kulit.

Jangan la kes ‘penyondol’ lagi

Gimik keluar produk?

Apa yang terjadi?

Penantian keluar produk baru…

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung persoalan yang timbul dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.