Elyana beri bayangan bakal kembali tidak bertudung selepas pulih kanser limfoma

Elyana beri bayangan bakal kembali tidak bertudung selepas pulih kanser limfoma

Mutakhir ini terpapar keghairahan di kalangan pemain industri hiburan yang membudayakan trend menanggalkan tudung.

Antara yang mengambil langkah tersebut sebelum ini ialah Natasha Hudson, Uqasha Senrose dan Emma Maembong.

Terbaru penyanyi Elyana juga dikhabarkan mengikut jejak rakan-rakan artis yang disebutkan.

Perkongsian terbaru di laman Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya selepas memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya tidak bertudung.

Elyana dilihat memuatnaik gambar mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang dilihat beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi berhijab.

Turut menjadi perhatian, baju yang dipakai olehnya itu tertulis ‘jadi diriku’. Malah, Elyana turut menutup ruangan komen perkongsian itu.

Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Pada Disember tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.