Empat bulan nafkah batin terabai, wanita ini luah hasrat terjun bangunan gara-gara si suami mengaku hamilkan skandalnya

Empat bulan nafkah batin terabai, wanita ini luah hasrat terjun bangunan gara-gara si suami mengaku hamilkan skandalnya

 

TIDAK dapat dinafikan, perhubungan jarak jauh (PJJ) menjadi salah satu faktor berlakunya masalah kecurangan.

Ada yang cenderung untuk mencari ‘peneman’ bagi mengisi kesunyian lebih-lebih lagi jika pasangannya jauh beribu batu.

Begitu jugalah kisah yang dikongsikan oleh Mstar kisah seorang wanita ini, di mana dia diduakan oleh suami selepas lelaki berkenaan menemui cinta hati baharu ketika bertugas.

Namun apa yang lebih parah, suaminya sudah terlanjur dengan skandalnya sehingga wanita tersebut berbadan dua!

“Aku dapat tahu laki aku curang dan tengah mengandungkan anak orang, itu pun setelah didesak banyak kali.

“Sebab banyak benda aku jumpa yang mendorong ke arah dia ada perempuan lain.

Aku tak tahu nak react macam mana,” tulisnya dalam luahan yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.

Sungguhpun perit dan sakit hati sebaik mengetahui perkara tersebut, wanita itu berkata dia tidak mahu suaminya berterusan melakukan dosa.

Meskipun perit, wanita tersebut membenarkan suaminya berkahwin lain. -Gambar hiasan

“Aku cuma cakap ‘kalau betul nak, aku bagi bermadu’ walaupun hati aku sakit. Sebab aku memikirkan anak yang tak bersalah dan aku juga punya anak.

“Aku tak nak dia lari dari tanggungjawab. Aku minta dilepaskan tapi dia tak nak. Aku buntu. Sekarang aku bagi dia bermadu walaupun hati aku sakit.

“Patutlah aku minta ‘bersama’ dia tak nak. Nafkah batin aku tergantung empat bulan.
“Rupanya sebab dia tak sentuh aku dia serabut perempuan tu mengandung,” kongsinya.

Bercerita lebih lanjut, wanita tersebut berkata dia sering menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kerana tiada di sisi suami sehingga lelaki berkenaan kesunyian.

“Jadi macam ni disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Duduk jauh nak dekat setahun lebih. Dia sunyi.
“Perempuan ni pula banyak beli makan. Tolong dia banyak dari segi duit dan jaga time dia kena Covid-19.

Tanya diri sendiri boleh ke lalui jalan hidup macam ni? Kalau tak mampu, silalah lantik peguam failkan fasakh.

“Tapi dia tak pergi sebab aku tak bagi. Cukup-cukuplah buat dosa. Kalau nak, sila cari jalan untuk kahwin sebab aku tak nak dia tambah dosa zina lagi.

Antara komen dan saranan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

“Aku perlukan kata-kata sokongan. Sebab aku rasa macam nak terjun bangunan. Tapi aku sayang anak aku,” akhirinya.

“Dah ada bukti, mintak fasakh. Memang anak perlukan bapanya, tapi anak tak perlu hidup dengan perangai bapa macam tu lagi. Angkat kaki sis,” demikian antara komen netizen.