Enggan ajar cara pakai serban sebab bukan orang alim & ulama, lelaki dengan gelaran ustaz ini dikecam warganet

Enggan ajar cara pakai serban sebab bukan orang alim & ulama, lelaki dengan gelaran ustaz ini dikecam warganet

 

Berpakaian seperti seorang ustaz dengan memakai serban ataupun jubah bukanlah satu lesen untuk kita menjatuh atau memperlekehkan orang lain.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial Twitter mengenai seorang lelaki yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’ dikecam kerana didakwa angkuh menjawab pertanyaan warganet di ruangan komen akaun TikTok miliknya.

Menjadikan keadaan lebih hangat, lelaki tersebut membalas pertanyaan tentang cara memakai serban di ruangan komen dan warganet mendakwa dirinya memperlekehkan tahap ilmu seseorang.

“Kalau macam ustaz pakai ni tak bolehlah, nanti orang ingat awak orang ulama, orang alim. Bila orang tanya nanti awak tidak tahu masalah.

“Kalau awak nak tahu, serban yang ustaz pakai ini adalah kaedah serban yang dipakai oleh Nabi Yusuf,” ujarnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara lelaki itu menjawab pertanyaan kerana dianggap terlalu sombong.

“Belum lagi perbahasan ia adat atau ibadat. Nak pakai silakan tapi jangan lupa Nabi pernah bagi amaran tentang serban dan kesombongan, pakaian apa pun kalau selit rasa sombong, itu haram.

“Alahai menyampah betul aku golongan terpaling ustaz ini. Orang macamni mesti rasa ilmu dia terpaling tinggi langit ketujuh,” komen warganet.