Enggan dikaitkan dengan parti politik, ini kenyataan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Enggan dikaitkan dengan parti politik, ini kenyataan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 

Tokoh perniagaan terkenal negara ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah mengeluarkan satu kenyataan media ringkas seperti berikut:

“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama,” petik laporan Berita Harian.

Untuk pengetahuan, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani atas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan menerusi hasil keuntungan pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan beliau.

Tan Sri Syed Mokhtar berada di tangga ke-15 dalam senarai ’50 orang terkaya di Malaysia tahun 2022′. Mengikut laporan Forbes, beliau mempunyai nilai aset sekitar $1.31 bilion.