Enggan dikaitkan melanggar SOP, Menteri Agama bertindak padamkan gambar majlis Neelofa

Enggan dikaitkan melanggar SOP, Menteri Agama bertindak padamkan gambar majlis Neelofa

Sehingga jam 2.00 petang ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memadam kekal gambarnya menikahkan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26.

Tidak seperti majlis pernikahan kakak kepada Neelofa, sebanyak enam keping gambar dimuatnaik oleh menteri agama itu di laman Facebooknya selepas majlis tersebut.

Ini kemungkinan disebabkan kecaman yang beliau hadapi selepas majlis tersebut didapati melanggap SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tular gambar Menteri Agama itu berada di tengah-tengah segerombolan tetamu yang duduk secara rapat-rapat tanpa mematuhi SOP.

Ini berbeza dengan arahan menteri agama itu yang mengeluarkan SOP di masjid agar solat secara jarak-jarak.

Tindakan ini telah melahirkan kecaman netizen yang menganggap ini adalah sikap double standard. Seolah-olah berlaku kasta dalam melaksanakan SOP dan mengenakan tindakan kompaun.

Selain itu juga, menteri agama itu turut dikecam kerana sibuk nikahkan artis-artis. Seolah-olah menteri agama itu tiada kerja hingga banyak masa dihabiskan untuk menjadi tok khadi kepada artis-artis popular.