Erra Fazira berang dituduh sebar perangai sebenar Engku Emran, tahu punca cerai dengan Noor Nabila
Perceraian Engku Emran dan Noor Nabila nampaknya membuat nama aktres jelita Erra Fazira, yang merupakan bekas isterinya, turut terpalit.
Menerusi Instagram, pelakon berusia 49 tahun itu memuat naik tangkap layar fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.
Ia dipercayai dijumpai di laman Facebook di mana individu terbabit mungkin menggunakan modus operandi gosip artis untuk mempromosikan website link perniagaan.
Menerusi tangkap layar itu, individu terbabit mendakwa Erra mengetahui tentang punca berlakunya perceraian Engku Emran dan Noor Nabila.
Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah!!
Kata Erra dia tidak pernah memberikan sebarang komen membabitkan perkahwinan bekas suaminya dan turut menghormati privasi bapa kepada anaknya, Aleesya.