“Esok pergi ke kedai, nak tempah sebijik macam ini” – Cincin tunang dipakai Watie cetus fenomena luar biasa di media sosial

“Esok pergi ke kedai, nak tempah sebijik macam ini” – Cincin tunang dipakai Watie cetus fenomena luar biasa di media sosial

 

Cincin tunang pelawak Shuib milik Watie Hanifiah menjadi perhatian ramai kerana unik dan lain daripada yang lain.

Menerusi perkongsian Watie di Instagram miliknya memaparkan jari manisnya yang elok tersarung sebentuk cincin emas.

“Allah adalah penentu masa sempurna bagi setiap perkara.

“Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya, tetapi kita perlu belajar mempercayainya,” kata Watie menerusi ruangan kapsyen.

Memetik Kosmo!Online, gambar cincin yang cantik dan mewah tersebut membuatkan para wanita tidak senang duduk sehingga ada di dalam kalangan mereka yang mahu menempah cincin sama seperti Watie.

“Esok pergi kedai, tempah sebijik macam ini,” kata Farah Abd Wahid.

“Adoi cantik pula. Dah satu kerja esok nak pergi cari cincin macam ni,” Nora Azieyna.

Ada juga yang berseloroh mahu mengajak suami mereka ke kedai emas untuk mencari cincin yang serupa.

“Para suami, kalau esok tak kerja bagitahu isteri sebab esok kena ‘overtime’. Ramai para isteri nak pergi kedai emas esok,” ujar Noreen Zaini.

Terdahulu, Watie Hanifiah dan Shuib Sepahtu telah selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei 2023 di kediaman keluarga Watie di Shah Alam.