EXCO Melaka tampil sahkan peranan ‘Abg Mat’ bantu tangani masalah telur ayam di Terengganu

Isu yang terkait di antara Exco Pertanian Terengganu. Azman Ibrahim dan Menteri MAFS nampak gayanya semakin menarik.
Ini selepas campur tangan daripada Exco Pertanian Negeri Melaka, pihak yang kononnya disebut oleh Azman terlibat secara langsung membantu mengatasi masalah ayam dan telur yang semakin meruncing di negerinya.
Dalam ciapan di laman Twitternya, Abdul Razak Abdul Rahman mengakui kenyataan yang dibuat Mohammad Sabu sebelum ini adalah betul. Malah tambahnya, menteri tersebut sememangnya sedang berusaha keras memenuhi permintaan bekalan telur di seluruh Malaysia.
Sebagai exco pertanian Negeri Melaka, saya dimaklumkan oleh Pengarah FAMA Negeri untuk bantu menteri MAFS @MSabu_Official sediakan bekalan telur bagi seluruh Negara. Kenyataan Bang Mat tu betul. Dia memang bersungguh cari bekalan telur untuk bantu rakyat seluruh Malaysia 👍🏻🤲🏻 https://t.co/E8g1nkUYOq
— Abdul Razak Abdul Rahman (@RazakRahmanN23) January 15, 2023
Ciapan oleh Exco tersebut sehingga kini mendapat tanda suka lebih 700 pengguna, dilihat sebanyak 138 000 pengguna dan diulang ciap hampir 500 kali.
Lebih menarik apabila ciapannya itu turut mendapat komen ‘checkmate’ daripada bekas pengadil terkenal tanahair, Subkhidin Mohd Salleh.
— subkhiddin (@subkhiddin1) January 15, 2023