Ezam umum langgar DUN Puteri Wangsa

Ezam umum langgar DUN Puteri Wangsa

Pertikaian kerusi DUN Puteri Wangsa melibatkan PH dan PKR dilihat memasuki episod baharu selepas tular sebuah video melibatkan seorang bekas pemimpin PKR, Ezam Mohd Nor.

Video berdurasi 1 minit 25 saat itu memaparkan satu sidang media oleh Ezam yang menyatakan hasrat meletakkan calonnya sebagai calon bebas di Puteri Wangsa dan Senggarang.

.
Kerusi Puteri Wangsa baru-baru ini dilaporkan kecoh selepas pertikaian melibatkan PKR dan Amanah.

Kerusi DUN tersebut pernah dimenangi Pas ketika Pakatan Rakyat sebelum dimenangi Mazlan Bujang dari Bersatu mewakili Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lepas.

Kerusi tersebut diserahkan kepada Amanah berikutan perjanjian ketika pembahagian kerusi yang memperuntukan kerusi ditandingi Pas ketika Pakatan Rakyat menjadi milik Amanah.

Namun atas dasar permuafakatan sesama PH berdepan PRU-14, kerusi itu diserahkan pula kepada Bersatu bagi ditandingi Mazlan Bujang, yang ternyata berjaya memenanginya dengan majoriti besar lebih 20 ribu undi.

Selepas kerusi tersebut dipulangkan semula kepada parti Amanah berpunca pengkhianatan Bersatu yang keluar daripada PH, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis mula meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa kerusi tersebut sepatutnya menjadi milik PKR selepas mendakwa telah bergerak melakukan kerja pilihanraya sejurus kejatuhan kerajaan PH Johor.

Kemarahannnya mencapai kemuncak apabila Amanah menggadaikan kerusi tersebut kepada MUDA, parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang dilihat tidak sebulu dengan PKR.

Dengan pengumuman Ezam itu, ahli PKR yang menolak penglibatan MUDA di situ dijangka bakal melakukan undi protes dengan memilih calon bebas tersebut.