Fahmi Reza dakwa namanya disenarai hitam daripada ke luar negara

Fahmi Reza dakwa namanya disenarai hitam daripada ke luar negara

Aktivis rakyat, Fahmi Reza mengumumkan namanya telah disenarai hitam oleh pihak Imigresen dari ke luar negara.

Dia memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di FBnya yang telah dimuat naik sebentar tadi.

Menurutnya, permohonan sekatan terhadapnya telah dimohon oleh pihak Bukit Aman sendiri.

✅ Arrested
✅ Investigated
✅ Detained in lock-up
✅ Charged in court
✅ Blacklisted from travel

Aku dah kena blacklist dan dilarang ke luar negara.

Semalam aku baru dapat tahu, nama aku dalam senarai blacklist imigresen. Aku disekat dari renew pasport, dan disekat dari ke luar negara. Jabatan Imigresen kata sekatan dari Bukit Aman/PDRM.

Pada bulan Mei nanti aku perlu ke Eropah kerana terlibat dalam satu persembahan teater. Aku tengah usaha untuk dapatkan clearance dari Bukit Aman sebelum flight aku lepas Raya. Kalau penjenayah yang dah sabit kesalahan dan ada 42 tuduhan jenayah korupsi pun boleh dapat clearance untuk ke luar negara, harap Bukit Aman boleh bagi aku clearance sekali. Jangan double standard.

#SatireIsNotACrime

Sementara itu, ketika meninjau diruangan komen pula, pengguna media sosial meluahkan kehairanan mereka terhadap tindakan pihak berkuasa terhadapnya.

Malah, dengan rekod kerjasama yang baik diberikannya sepanjang dipanggil bagi melengkapkan siasatan oleh pihak polis, tiadq sebab untuk dia dilakukan seperti penjenayah berbahaya seperti Najib dan Zahid.