Faizal Hussein jaga batas di set penggambaran, “Kalau dah jadi suami orang kenapa nak layan..?”

Faizal Hussein jaga batas di set penggambaran, “Kalau dah jadi suami orang kenapa nak layan..?”

 

Pelakon veteran, Faizal Hussien mendedahkan dia tidak terlepas menjadi gosip daripada segelintir wanita meskipun usianya sudah berginjak 55 tahun.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dia memaklumkan akan meletakkan batas terhadap mana-mana pelakon jika menjalani penggambaraan bagi menjadi batas antara satu sama lain.

Ujarnya lagi, pendirian tersebut sudah diamalkan sejak awal berkecimpung dalam dunia hiburan bagi mengelakkan sebarang kontorversi yang tidak diigininya sebagai seorang penggiat seni.

“Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.
“Maknanya, orang lain perlu faham status saya dan sampai hari ini, tidak pernah timbul isu bercinta di set penggambaran. Saya hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu makan selepas kerja selesai,” katanya.

Bukan itu sahaja, Faizal juga memberi pendapat mengenai kontroversi pelakon yang sudah bergelar suami terpalit dengan skandal bercinta bersama aktres ketika di set penggambaraan.

“Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.
“Kita tidak akan bertahan lama kalau terlampau banyak kontroversi, tidak kira baik atau buruk kerana ia tetap kontroversi,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Faizal telah mendirikan rumah tangga bersama Suhaila pada tahun 2004 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fazryn Faizal, 18, dan Fazrick Faizal, 15.