‘Fans page’ dah kena sekat lepas dedah suami curang, Shermine takut nak keluar

‘Fans page’ dah kena sekat lepas dedah suami curang, Shermine takut nak keluar

 

Media sosial sejak kelmarin digemparkan dengan pendedahan Shermine Hau-Ah Moi tentang suaminya yang juga merupakan salah seorang Tiktoker terkenal berlaku curang dengan pekerja sendiri.

Pendedahan tersebut dilakukan Shermine menerusi Facebook miliknya yang mendapat perhatian sejak isu terbabit dibongkarkannya.

Menerusi hantaran terakhir Shermine berkata, dia dihubungi suaminya itu yang merayu agar dia kembali namun wanita ini enggan melayani permintaannya.

Dia cari I, begging I balik tapi sorry lah…

Walau bagaimanapun beberapa jam yang lalu Shermine sedih apabila dia tidak boleh menggunakan Facebook miliknya lagi dan sudah disekat.

Shermine memberitahu bahawa dia tidak boleh log masuk ke akaun Fans Page dan tidak boleh update apa-apa lagi.

Namun begitu dia dilaman TikTok merakam video memberitahu dirinya sekarang tidak berani untuk keluar apatah lagi untuk ke Balai Polis juga dia tidak berani sebab dirinya takut dicari dan sebagainya.

@sherminehauahmoi_view

Fans page get block😭

♬ original sound – Ah Moi (VIEW) – Ah Moi (VIEW)

Dalam pada itu, Shermine berkata dia akan menjaga dirinya dan berharap agar orang ramai tidak risau dan apa-apa yang berlaku dia akan berkongsikan perkembangannya di platform tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga hadir memberikan semangat buatnya.

Bertabah Shermine, kami sentiasa berada di sisi you

Kesiannya hmm. Stay strong please! Satu Malaysia support you!

Shermine

Jaga diri ya kak, semoga tuhan permudahkan segala urusan u kak, kami tau akak orang kuat

Shermine
Shermine