Fara Mendoza kongsi video bergelek dalam kelab malam, sekali nama tunang Shuib kena petik

Fara Mendoza kongsi video bergelek dalam kelab malam, sekali nama tunang Shuib kena petik

 

Pempengaruh media sosial dan pelakon, Fara Mendoza berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya dan beberapa orang rakan wanita lain sedang berhibur di dalam sebuah kelab malam.

Menerusi video tersebut, Fara dilihat sedang asyik bergelek bersama rakan-rakannya.

 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah nama usahawan Watie Hanifiah turut terkait menjadi bualan dalam kalangan warganet.

Menerusi ruangan komen perkongsian itu, rata-rata warganet menyatakan Watie juga merupakan rakan mereka dan mengenang kehidupan sosialnya pada suatu ketika dahulu.

Namun, warganet meluahkan rasa syukur apabila kini Watie telah berubah ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah Watie dah tak geng ni dah.

“Dia ni geng Watie yang nak kahwin dengan Shuib tu la… Siapa yang tahu je tahu la kan.

“Aku datang sebab nak baca kisah Watie. Hahaha dengar-dengar Shuib dah ikat dia,” tulis warganet.

Tidak kurang juga, ada yang mendoakan supaya Fara dan rakan-rakannya itu diberi Hidayah untuk ke jalan yang benar.

Sebelum ini, Fara mengaku bahawa dia membuat rawatan dan pembedahan kecantikan pada bahagian hidung, bibir dan rahangnya,