Fara Salleh ‘belanja’ video percutian, tapi lain pula yang netizen nampak, “Tangan bambam siapa tu?”

Fara Salleh ‘belanja’ video percutian, tapi lain pula yang netizen nampak, “Tangan bambam siapa tu?”

 

Perkongsian wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh di aplikasi TikTok miliknya menarik perhatian warganet sehingga menyamakan ia dengan seorang artis wanita.

Fara Salleh jadi diri sendiri…

Menerusi hantaran dimuat naik, Fara menyatakan dia hanya menjadi sendiri selain menyertakan beberapa gambar dirinya kini sedang bahagia menikmati kehidupannya.

“Diri sendiri,”tulisnya berserta emoji hati dalam sampul surat.

@panggilfarajelah

Diri sendiri 💌

♬ Wanita Yang Kau Pilih – Rossa

Macam Izreen Azminda…

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi yang berbeza dengan kapsyen ditulis oleh wanita berusia 30 di mana kebanyakan warganet menyamakan wajahnya dengan seorang aktres sensasi, Izreen Azminda.

Malah, mereka turut mengatakan ‘perangai’ yang dimiliki oleh Fara seiras dengan Izreen yang pernah hangat dengan kontroversi ‘rampas’ dan berkahwin dengan suami orang ketika itu.

Namun, Izreen atau nama sebenarnya menegaskan tidak pernah berhasrat untuk merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama, sebaliknya hanya menumpang kasih.

Dan, kini sudah bahagia dengan pasangan masing-masing. Jadi, tidak perlulah diungkit kembali walaupun agak sukar dilupakan kerana sudah melukakan hati seorang wanita.

Nampak Fara dengan Shuk kat Sunway Carnival Mall..

Sementara itu, ada warganet memberitahu dia melihat Fara dengan Shuk Shahar yang memakai pelitup muka di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tengok tangan pun dah tahu siapa suapkan

Jangan bahagia atas derita orang lain..

Selain itu, ada juga meninggalkan pesanan kepada Fara supaya lebih menghargai diri sendiri dan tidak berbahagia atas penderitaan orang lain.

Mereka juga mengatakan Fara layak mendapat seorang lelaki yang lebih kacak dan baik daripada Shuk Sahar kerana dia seorang yang cantik serta memiliki rupa paras yang menawan.