Farid Kamil dihalang masuk rumah & jumpa anak-anak sejak awal Mac

Farid Kamil dihalang masuk rumah & jumpa anak-anak sejak awal Mac

 

Tiada angin tiada ribut, hari ini peminat seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan berpisah terhadap suaminya, Farid Kamil.

Perkara itu dibuat sejak awal bulan lalu, atas alasan tiada lagi persefahaman dan juga berlakunya perbalahan berpanjangan sekali gus tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid Kamil enggan lafazkan talak di mahkamah tadi

Walaupun begitu, Farid Kamil enggan melafazkan talak terhadap Diana pagi tadi sambil beri alasan masih sayangkan isteri serta anak-anaknya.

Susulan itu, kedua-dua pasangan selebriti tersebut diperintahkan untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah & Jumpa Anak? Ini Respon Peguam Diana Danielle

Dakwa dirinya dihalang masuk rumah…jumpa anak-anak sejak awal Mac

Dalam prosiding sama di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini, Farid Kamil turut mendakwa dirinya telah dihalang daripada memasuki rumah kediaman bersama Diana sejak awal Mac.

Sepanjang tempoh berkenaan, pelakon utama filem ‘Lagenda Budak Setan’ itu juga meluahkan tidak dapat bertemu dengan 2 anak mereka iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Wakil peguam Diana Danielle sahkan perkara itu…tapi tidak dedahkan alasan berbuat demikian

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili aktres Diana Danielle kemudiannya mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini.

Akan tetapi, beliau tidak dedahkan secara terperinci alasan mengapa kliennya berbuat demikian.

“Melalui JKP, wakil dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah. Tapi sekiranya tiada jalan penyelesaian juga atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan tersebut.”

Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah & Jumpa Anak? Ini Respon Peguam Diana Danielle