Fatin Afeefa korban uruskan persekolahan anak, Adam Shahz pula tidak muncul di mahkamah?

Fatin Afeefa korban uruskan persekolahan anak, Adam Shahz pula tidak muncul di mahkamah?

Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa terkilan apabila kelibat bekas suaminya, Adam Shahz tidak kelihatan sewaktu hadir prosiding di mahkamah, hari ini.

Sepatutnya uruskan anak sekolah

Pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin memberitahu dia sepatutnya menguruskan anaknya untuk masuk semula ke sekolah pada hari ini.

Bagaimanapun, dia sanggup mengetepikan buat sementara waktu dan bangun awal pagi menuju ke perkarangan mahkamah bagi menyelesaikan konflik yang dialaminya bersama bekas suami.

“Hari ini, saya sepatutnya selesaikan urusan anak untuk masuk ke sekolah semula pada hari ini. Sepatutnya,”katanya.

 

Tiada kelibat, tak tahu alasan…

Malangnya, pengorbanannya bangun awal pagi dan tangguh urusan anak hanyalah sia-sia kerana kelibat bekas suami yang juga seorang pelakon tidak kelihatn sebaik sahaja tiba di perkarangan mahkamah.

“Tapi, saya di sini. Saya bangun awal pagi, pandu ke sini dan hanya dapat tahu kelibat dia (bekas suami) tidak kelihatan.
“Tak makan lagi ni, nasib baik sempat minum @leanbyfa (produk Fatin Afeefa). Tidaklah lapar,”tulisnya.

Haritu kemain lagi, siap pesan

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana kebanyakan mereka terkejut dengan tindakan Adam Shahz yang dikatakan tidak hadir dan berlainan dengan apa yang dikatakan sebelum ini.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Here Sophia, 7. Bagaimanapun, mereka telah bercerai selepas empat tahun membina mahligai.

Manakala, sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Pelakon itu telah kembali bergelar isteri apabila bernikah dengan seorang jutawan dikenali sebagai Aliff Awang pada 31 Disember 2022.