Filem gay, Idris kata bukan kuasa JAKIM hukum pelakon

Filem gay, Idris kata bukan kuasa JAKIM hukum pelakon

Rakyat yang begitu menaruh harapan yang tinggi untuk melihat negara ini semakin menjunjung nilai agama dalam kehidupan dan pentadbiran kerajaannya, mulai kecewa dengan pelbagai kemunculan pelbagai isu yang memalukan agama muncul tanpa sekatan pada hari ini.

Dengan pelbagai program mungkar di kaca television tatkala rakyat diarah berkurung memerangi pandemik Covid-19, tindakan kerajaan melorongkan jalan supaya program maksiat ini terus berjalan seperti biasa, malah bertambah biak pula.

Belumpun reda isu penyertaan peserta ratu cantik separuh bogel dalam pertandingan Miss Grand International, timbul pula isu panas melibatkan satu filem ‘gay’ melibatkan hampir majoritinya dilakonkan pelakon Melayu bwragama Islam.

Hari ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata bersedia untuk merujuk kes pelakon yang melakonkan watak gay kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, ini kerana ia bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.

“Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan gay ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelakon lelaki yang melakonkan babak romantik bersama pelakon lain dalam sebuah siri drama yang sudah ditayangkan.

Katanya, jika perkara itu berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama ngeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Sementara itu, wargamaya berpendapat alasan tiada kuasa yang diberikan oleh Menteri Agama itu sekadar helah melarikan diri daripada isu sebenar yanh berlaku.

Dulu semasa jadi pembangkang berjanji bulan dan bintang, sampai pakaian pramugari pun nak ditutup. Sekarang selepas menjadi kerajaan, bukan setakat pakaian pramugari tidak ditutup, malah wanita separuh bogel juga bebas dibenarkan menjadi wakil negara.

Apa perasaan menteri melihat wanita Malaysia memperagakan buah dada miliknya untuk dipertontonkan ke serata dunia, soal mereka lagi.