Filem Sheriff tak laku di Indonesia

Filem Sheriff tak laku di Indonesia

 

PENGARAH filem Sheriff: Narko Integriti, Syafiq Yusof reda apabila filem itu gagal mendapat sambutan di Indonesia sejak mula ditayangkan di pawagam negara itu sejak 23 Mei lalu.

Syafiq bagaimanapun berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka peluang kepada filemnya untuk ditayangkan di sana.

“Filem Sheriff tidak mendapat sambutan di Indonesia. Jadi, banyak tayangan diturunkan secara drastik.

“Apapun, saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana… Terima kasih Indonesia,” katanya dalam satu ciapan di aplikasi X.

Setakat ini, kutipan tiket filem berkenaan di Malaysia sudah mencecah RM60.5 juta.

Jumlah kutipan itu juga meletakkan filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini sebagai filem tempatan nombor satu tahun ini.

Sheriff menampilkan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.