Firma rugi RM3.2 juta lepas staf yang dipecat padam pelayan

Firma rugi RM3.2 juta lepas staf yang dipecat padam pelayan

 

Firma NCS di Singapura kerugian SGD 918,000 (~RM 3.2 juta) selepas seorang kakitangan yang dipecat memadam pelayar maya yang digunakan untuk menguji perisian sebelum dilancarkan.

Kandula Nagaraju (39) yang memadam pelayar maya NCS telah dijatuhkan hukuman penjara 32 bulan atas kesalahan melakukan jenayah siber.

Beliau dipecat oleh NCS pada Oktober tahun lalu kerana dikatakan tidak memenuhi sasaran prestasi yang ditetapkan oleh majikan.

Marah dengan tindakan yang dilakukan oleh NCS, beliau kembali semula ke India kerana gagal mendapatkan pekerjaan baharu di Singapura.

Semasa di India, Nagaraju menggunakan komputer riba peribadi dan mendapati beliau masih boleh mengakses rangkaian NCS menggunakan akaun pentadbir.

Pada Februari tahun ini beliau kembali ke SIngapura selepas mendapat pekerjaan baharu. Pada Mac beliau mengakses sekali lagi sistem NCS dan meletakkan skrip program yang menyebabkan kesemua 180 pelayar maya dipadam.

Pihak NCS hanya menyedari pelayar dipadam selepas ia tidak lagi boleh diakses. Siasat oleh polis berjaya menjejak IP Nagaraju dan selepas ditahan skrip program yang sama ditemukan dalam komputer riba peribadi beliau.