Fitnah isteri ada skandal dengan lelaki lain, suami tak mahu daftar dua anak berbinkan namanya

Fitnah isteri ada skandal dengan lelaki lain, suami tak mahu daftar dua anak berbinkan namanya

 

Masalah rumah tangga yang dikongsikan ke media sosial boleh membawa kepada 2 kesan sama ada baik ataupun semakin buruk.

Namun jika ada yang sudah mula menabur fitnah, pihak satu lagi pastinya perlu bersuara untuk membersihkan nama dan memperbetulkan salah faham.

Saya berhujan panas naik motor pergi kerja nak bela anak-anak

Seorang wanita ini turut mendedahkan kemelut yang sedang berlaku dalam perkahwinannya.

Difahamkan, si suami sudah berbulan-bulan mengabaikan mereka 3 beranak dan tiba-tiba menuduh Puan Sofea menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Tambahnya lagi, fitnah terbabit sengaja ditabur bagi menutup kekurangannya sendiri termasuklah selaku ayah yang culas menjalankan tanggungjawab membesarkan anak.

Kahwin 8 tahun, tapi takde tanggungjawab…Kenapa anak-anak tak berbinkan nama kau?

Usahkan soal nafkah, bahkan si suami enggan 2 orang anaknya didaftarkan atas namanya selaku bapa kandung.

Walhal dari sisi Islam, status pernikahan dengan isteri dan kelahiran anak-anak adalah sah.

Di saat Puan Sofea sudah move on dan bahagia dengan anak-anak, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali walhal sebelum ini dia yang membuang jauh keluarga sendiri.

Alih-alih muka budak berdua ni copy paste awak

Sejauh mana pun dia cuba menafikan, hakikatnya 2 budak itu punyai wajah yang sangat mirip dengan ayah mereka.

Pesan Puan Sofea semoga 1 hari nanti lelaki itu tidak menyesal dengan perbuatannya ini.