Fitnah jual ekuiti TH, ini punca sebenar buat Asyraf terciduk

Fitnah jual ekuiti TH, ini punca sebenar buat Asyraf terciduk

Isu permohonan maaf Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi terhadap Menteri Agama kerajaan PH, Mujahid terus diperkatakan ramai.

Ini berikutan isu kenyataan media Asyraf memfitnah Mujahid menjual ekuiti milik Tabung Haji yang ketika itu di bawah kawalannya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Meskipun Asyraf mengambil jalan damai selepas diheret ke mahkamah apabila bersetuju membuat permohonan maaf melalui FB miliknya, namun dia dilihat terus berdolak dalih mengatakan dirinya tidak bersalah.

Namun, seorang pakar akaun tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik tindakan permohonan Asyraf itu.

Melalui hantarannya di FB, Arzim Naim menceritakan kronologi kejadian fitnah yang dicetuskan Asyraf hingga menyebabkan bekas Timbalan Menteri Agama era kerajaan Najib itu terciduk dan ‘melutut’ membuat permohonan maafnya terhadap Mujahid.

FINANCIAL YEAR END (FYE)

Ramai tanya apa isu sebenar antara Dr. Asyraf Wajdi dengan Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa minggu lepas?

OK first aku kena explain pasal Financial Year End (FYE). FYE merujuk kepada tarikh akaun sesuatu organisasi ditutup.

Selalunya selepas 12 bulan, akaun akan ditutup. Tarikh selalu dipilih adalah 31 Disember macam Tabung Haji.

Boleh ke nak tutup 30 November? Boleh. 30 Jun? pun boleh. 31 Mac? Pun boleh macam 1MDB. Selalunya audit dijalankan setelah akaun tutup, dan 6 bulan lepas tu kena hantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, atau Securities Commission kalau syarikat tersenarai.

Boleh ke audit dijalankan sebelum akaun ditutup? Boleh. Ini dipanggil Interim Audit, mesti disusuli dengan audit penuh setelah akaun ditutup.

Menarik pasal 1MDB masa public kecoh kenapa tak submit financial audit lagi, kalau tak salah tahun 2016 atau 2017…dah lupa.

Selepas tu keluar announcement dalam suratkhabar mengatakan ia telah menjalani Interim Audit pada Bulan Jun. Dey, interim audit sebelum akaun tutup lah… (sebelum 31 Mac). Interim audit apekebendanya bila kau buat bulan Jun? Baik kau buat full audit terus lah…

Anyway, minggu lepas ada cerita menarik pasal TH lagi.

Dikhabarkan Asyraf telah menulis dalam FB dia yang Mujahid telah menjual share TNB yang dipegang oleh TH sebanyak lebih 100 juta unit pada Tahun 2019.

Kata Asyraf, pada Q4 2017 pegangan share TNB oleh TH adalah sebanyak 130,449,700. Manakala dalam akaun beraudit TH tahun 2019, pegangan TH untuk share TNB hanyalah 30,080,000.

Maksudnya 130,449,700 – 30,080,000 = 100,369,700 unit shares TNB telah dilupuskan dari tahun 2018 (lebih 100 juta unit shares TNB).

Asyraf terasa sangat konfiden sementalah di backup oleh bekas Pengerusi TH. Kena pulak Bloomberg report pegangan TH atas share TNB adalah 130,449,700 untuk Tahun 2018 dan pegangan TH atas TNB hanya 30,080,000 unit Tahun 2019.

Mujahid yang terasa difitnah, memulakan serangan saman ke atas Asyraf dengan alasan kenyataan Asyraf dalam FB nya adalah satu fitnah dan berniat jahat.

Mujahid telah failkan samannya atas Asyraf pada tahun 2020. Apabila Bloomberg dihubungi, Bloomberg mengaku yang mereka TELAH melakukan kesalahan dengan TAK UPDATE DATA.

Jadi, memang betullah berlaku penjualan share TNB tu. Masalahnya bila penjualan ni berlaku? Tahun 2018 ke?

FYE TNB pulak adalah 31 Ogos pada 2017. PLOT TWIST kat sini pasal TNB tukar FYE 31 Ogos 2017 kepada 31 Disember 2017. AH SUDAH…., TNB ADA 2 PENYATA KEWANGAN UNTUK TAHUN 2017 pasal tukar FYE dia dari 31 Ogos 2017 (yang asal) kepada 31 Disember 2017.

Dan dalam penyata kewangan TNB 31 Ogos 2017 memang cakap pegangan share nya oleh TH adalah sebanyak 130,449,700.

TAPI dalam penyata kewangan TNB 31 Disember 2018, pegangan share nya oleh TH adalah 30,080,000 unit. Sebenarnya, share TNB tu dijual sebelum pertukaran kerajaan tahun 2018 tu.

Anyway, Asyraf dah mohon maaf dan settle luar mahkamah. Mujahid dengan semangat Rahmatan Lil Alamin pun terima maaf dia walaupun membuat permohonan maaf yang Asyraf buat bagi aku separuh masak.

Sekian. Aku nak sambung tidur balik.