Fitnah SPRM offer rasuah RM10 juta, Shafiq rupa-rupanya pegawai Wan Saiful

Fitnah SPRM offer rasuah RM10 juta, Shafiq rupa-rupanya pegawai Wan Saiful

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menahan seorang pengguna TikTok yang mendakwa Wan Saiful Wan Jan telah ditawarkan rasuah berjumlah RM10 juta.

Mohamad Shafiq Abdul Halim yang merupakan pegawai penyelidik kepada Wan Saiful mendakwa wang itu ditawarkan SPRM supaya bekas Ketua Penerangan Bersatu itu menukar kenyataanya.

Katanya, kenyataan itu bakal digunakan bagi menganiaya bekas perdana menteri yang juga Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin.

Terlanjur berbicara, Shafiq kemudian tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah hantaran di akaun Facebook miliknya.

Menurut Shafiq, dia ‘terlepas cakap’ mengenai khabar angin di mahkamah dan turut menuduh pihak lain cuba memanipulasi kenyataannya.

Walaupun sudah meminta maaf, kenyataan Shafiq itu secara tidak langsung telah merosakkan reputasi serta integriti SPRM.

“Dia datang ke pejabat setelah dapat arahan kita dan kemudian ditangkap di pejabat SPRM semalam (22 Februari 2023), pada 3.30 petang.

“Benda (video) ini tidak boleh dipadamkan. Mana-mana dan rata-rata pun masih lagi mempercayai wujudnya perkara ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Wan Saiful sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada syarikat yang menerima kontrak projek Jana Wibawa.

Beliau kemudian secara rasmi telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).