Fyna Jebat akui sudah berbaik dengan madu, boleh duduk makan semeja

Fyna Jebat akui sudah berbaik dengan madu, boleh duduk makan semeja

Seperti diketahui ramai, penyanyi Fyna Jebat dan madu, Datin Zalina Zaini, sudah menarik semula laporan mengenai insiden tarik rambut di sebuah premis makanan kerana bengang selepas suaminya dikatakan berkahwin secara senyap.

@ohbulanofficial

Amboi sweetnyaaaa ❤️ #ohbulan #fyp #sembangentertaiment #datukzainalabidin #rakan #fynajebat #buat #persembahan

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

@ohbulanofficial

Fyna bersyukur kerana hubungan tegang dengan Zalina sudah jernih. #ohbulan #fyp #viral #fynajebat #madu #berbaik

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui, Fyna bersyukur kerana hubungan tegang dengan Zalina sudah jernih.

Kata Fyna, dia dan Zalina sepakat untuk berbaik selain memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan dengan Datuk Zainal Abidin.

Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.

Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami.

Fyna berkata demikian pada majlis pelancaran produk Eodos Serum di Hotel Tenera Bangi, Selangor, pada Jumaat.

Sibuk dengan kerja

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Syafinaz Jebat menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk semeja dengan madu, namun terhalang disebabkan kekangan kerjaya.

Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat.

Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan berlaku insiden tarik rambut di dalam restoran tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Pada awal Januari, Fyna mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular itu.