Gadis 16 tahun menghilangkan diri selepas ditegur ibu sebab main telefon

Gadis 16 tahun menghilangkan diri selepas ditegur ibu sebab main telefon

 

Baru-baru ini tular di media sosial kes kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Taman Maju, Jasin, Melaka sejak 17 Mac lalu.

Orang ramai juga turut membantu dengan berkongsi gambar remaja terbabit yang dikenali sebagai Aliah Qistina Budiyanto di pelbagai platform media sosial.

Terbaharu, memetik Kosmo, ibunya, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, berharap agar anak perempuannya itu pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang selamat.

@cintazaraangelica

#HelpusfindQistina #Missing #pulanglahanakku😢😢 #fyp #tamanmajujasinmelaka #alwaysinmyheart @djdannsdnd86

♬ sonido original – @islam_beautiful

Hilangkan diri selepas ditegur guna telefon bimbit terlalu lama

Menurut Fatimahtul, sudah hampir seminggu Qistina yang juga pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah itu menghilangkan diri selepas ditegur kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin. Pun begitu sehingga kini usaha menjejaki Aliah Qistina gagal menemui sebarang petunjuk dan petanda baik.

“Segala usaha kami sekeluarga tidak menampakkan sebarang tanda-tanda positif Aliah Qistina akan ditemui termasuklah menjejaki menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, menampal poster di setiap stesen minyak dan kedai serbaneka 7-Eleven di pekan Jasin.

“Sebelum dia menghilangkan diri, saya ada tegurnya kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama, tetapi dia menjadi agresif serta meninggikan suara. Selepas itu dia minta maaf,” ujarnya ketika ditemui media di Taman Maju semalam (23 Mac).

Sedar kehilangan anak lepas tengok pintu dapur terbuka luas dan pintu depan tak berkunci

Berkongsi lanjut, Fatimahtul berkata kehilangan anak perempuannya itu hanya disedari kira-kira pukul 12.30 malam (pada hari kejadian) selepas melihat pintu di bahagian dapur rumah luas terbuka dan pintu hadapan tidak berkunci.

“Saya tinjau melihat keliling rumah dan mendapati anak saya tidak ada di bilik tidurnya selepas puas dipanggil berkali-kali.

“Bimbang dengan keselamatan Aliah, saya dan suaminya masing-masing keluar menaiki kereta serta motosikal untuk mencari di sekitar Taman Maju, namun tidak jumpa, rakan-rakan sekolahnya juga tidak tahu,” katanya lagi.

Dia pada masa sama juga meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat anaknya untuk menghubungi di talian 011-2709 9060.