Gadis 18 tahun jadi ‘post-trauma cleaner’, ikut jejak bapa bersihkan lokasi mayat reput

Gadis 18 tahun jadi ‘post-trauma cleaner’, ikut jejak bapa bersihkan lokasi mayat reput

 

Pernah atau tidak korang terfikir bagaimana pengurusan lokasi mayat yang telah lama meninggal dunia di rumah dilakukan?

Pekerjaan tersebut dipanggil sebagai ‘post-trauma cleaning’ atau pembersihan pos-trauma di mana pekerja-pekerjanya akan membersihkan sisa badan mayat yang telah meninggal dunia.

Dipanggil sebagai ‘trauma cleaning’

Satu perkongsian di YouTube, seorang gadis berusia 18 tahun dari Singapura berkongsikan kisahnya bekerja sebagai pembersih trauma sejak berumur 15 tahun.

Difahamkan, gadis tersebut yang dikenali sebagai Qasrina mula bekerja kerana ayahnya tidak mempunyai pekerja yang boleh membantu dirinya melakukan pekerjaan pembersihan itu.

Saya mula bekerja di usia 15 tahun. Pada masa itu, saya bekerja di saat akhir selepas ayah saya bagitahu yang tiada pekerja boleh buat kerja itu bersama-sama.

Selalu nampak darah, ulat & cecair badan

Ujar Qasrina, pekerjaan pembersihan mayat itu tidak dilakukan oleh pihak polis tetapi mereka menerima arahan daripada polis untuk membersihkan lokasi mayat meninggal dunia.

Tidak ramai yang tahu bahawa pekerjaan ini dilakukan oleh kami (pembersih trauma), ramai ingat polis yang buat. Tapi, keluarga atau polis sendiri akan minta kami yang buat kerja itu.

Bukan itu sahaja, gadis tersebut juga mengatakan bahawa selain daripada cecair badan dan darah, dia juga sudah biasa melihat cacing serta lipas semasa proses pembersihan.

Ini kerana, apabila tubuh badan mayat mula mereput, setiap cecair dan darah dari badan akan keluar menyebabkan lalat hinggap sehingga menghasilkan ulat.

Bila mayat dah meninggal, darah akan keluar dari segala rongga tubuh  dan jadi cecair. Bila dah mula keluar bau, lalat akan datang hinggap di mayat sehingga bertelur dan kemudian bertukar jadi cacing. Bukan setakat itu sahaja, rambut, kulit dan kuku juga akan antara benda biasa kita yang jumpa.

Perkongsian Qasrina itu turut tular di Twitter selepas ramai mengatakan kisah tersebut sama dengan drama dari Korea Selatan iaitu Move To Heaven dan tidak menyangkakan ianya betul-betul wujud di negara Asia selain mengagumi sikap berani gadis tersebut.

Komen netizen