Gadis cantik rela dijodohkan dengan pak imam berumur 63 tahun

Gadis cantik rela dijodohkan dengan pak imam berumur 63 tahun

 

Jarak umur lebih tiga dekad tidak menghalang wanita berusia 27 tahun dari Indonesia untuk menerima warga emas sebagai pasangan hidup.

Menerusi TikTok, Ana Malina berkongsi rasa bahagia selepas dijodohkan ibunya dengan lelaki berusia 63 tahun lapor Wolipop.

Ana memaklumkan yang dia bernikah dengan Emen Hidayat pada Disember 2018, malah ayahnya sendiri terkejut dengan pasangan yang diperkenal ibunya.

“Kenal pada tahun 2018 selepas dijodohkan oleh ibu bapa. Usia saya 27 tahun dan suami 63 tahun,” kata Ana kepada Wolipop menerusi aplikasi WhatsApp.

Tidak melihat pada faktor usia sahaja, dia memuji sikap suaminya yang sering menyokong apa yang dilakukannya.

“Dia ialah seorang imam yang baik, penyayang, memahami isteri dan selalu menyokong walau apapun yang isteri lakukan,” jelasnya.