Gadis dedah identiti lelaki miang paksa hisap kemaluan, sekali PDRM muncul bagi salam
KETIKA ini, kebanyakan individu menggunakan aplikasi temu janji online (online dating apps) untuk mencari pasangan.
Bagi yang bertuah, aplikasi tersebut berjaya menyatukan cinta mereka sehingga ke jenjang pelamin.
Namun dalam sesetengah kes, ia kecundang di pertengahan jalan malah lebih teruk, berakhir dengan trauma sebagaimana kisah yang dilalui oleh seorang gadis ini.
Berkongsi cerita menerusi bebenang di Twitter, gadis tersebut mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang lelaki yang dikenali di aplikasi Bumble.
Lebih mengejutkan, situasi tersebut dialami ketika dia dengan lelaki berkenaan keluar berjanji temu (dating) untuk pertama kali selepas berkenalan di aplikasi berkenaan.
“Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya Bumble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****. Nombornya ialah *****.
“Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!” luahnya di laman sosial tersebut.
Dakwa gadis tersebut lagi, lelaki berkenaan cuba meramas buah dadanya dan berkali-kali cuba memasukkan tangan ke dalam seluarnya untuk meraba.
“Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat.
“Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya,” kongsinya lagi tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai lokasi kejadian.
Dalam pada itu, gadis berkenaan turut menafikan bahawa pakaian yang dikenakannya ketika itu menjadi salah satu punca mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian.
Tambahnya, dia juga bakal membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Ciapan gadis tersebut bukan sahaja mengundang perhatian warga maya, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi respons di ruangan komen.
“Salam sejahtera. Pohon kerjasama saudari untuk membuat laporan di balai polis berhampiran bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Terima kasih,” tulis akaun @PDRMsia.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati terhadap gadis berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya mana-mana gadis atau wanita berhati-hati sekiranya keluar berjanji temu dan membawa ‘senjata’ sebagai persediaan untuk mengelakkan diri menjadi mangsa gangguan seksual.
“Untuk keselamatan diri sendiri, sediakan semburan serbuk lada (pepper spray). Budak-budak begini otak sewel. Selagi tak kena pijak, selagi tu makin menjadi.
“Hati-hati. Janji temu pertama kalau lelaki ajak tengok wayang, memang ada yang tak kena.
“Untuk yang belum terkena, ambillah pengajaran. Jauhi benda-benda yang boleh membawa kepada zina. Dating bukan budaya Islam,” demikian antara komen netizen.