Gadis puji nasi goreng ‘instant’ sedap, tetapi lelaki pula yang panas

Gadis puji nasi goreng ‘instant’ sedap, tetapi lelaki pula yang panas

 

Masyarakat Malaysia mempunyai norma apabila seorang wanita ataupun gadis ‘wajib’ pandai memasak dan jika tidak tahu berbuat demikian pasti akan dipandang serong.

Seperti ciapan yang tular baru-baru ini, seorang individu lelaki mengecam seorang gadis apabila memuji kesedapan nasi goreng instant yang dibeli di sebuah kedai serbaneka popular.

nasi goreng

Biarpun hanya mahu berkongsi kepada umum mengenai kesedapan makanan yang dibeli, lelaki yang mengecam itu mempersoal kenapa perlu membeli sedangkan makanan itu mudah untuk dimasak.

Dalam pada masa yang sama, individu itu turut sempat memerli gadis tersebut dengan ayat yang tidak enak untuk dibaca ramai.

Tidak mendiamkan diri, gadis tersebut membalas semula kecaman lelaki tersebut dengan makian kerana menganggap individu itu terlalu kurang ajar.

komen netizen

komen netizen