Gagal daftar cawangan palsu punca Wanita Amanah Teluk Intan mengamuk

Gagal daftar cawangan palsu punca Wanita Amanah Teluk Intan mengamuk

Dakwaan anggota Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Teluk Intan dikasari seorang staf Pejabat AMANAH Negeri Perak yang disebar melalui halaman facebook sayap parti tersebut dilaporkan berpunca daripada kegagalan sebahagian pimpinannya untuk mendaftarkan cawangan palsu di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, isu pokok berkenaan laporan pemalsuan dokumen dalam mendaftarkan cawangan-cawangan gagal dijawab dan diperjelas kepada Jawatankuasa Siasatan yang hadir untuk proses siasatan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Siasatan juga dikatakan telah mengenalpasti cubaan memalsukan pendaftaran ahli dan tanda tangan dalam mendaftarkan cawangan di Teluk Intan.

“Mereka yang terlibat adalah sekumpulan pimpinan AWAN Teluk Intan yang telah membuat pemalsuan dokumen untuk mendaftar cawangan secara salah dan melanggar peraturan parti”

“Semua individu yang digunakan maklumat mereka secara salah juga telah membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak tahu maklumat mereka digunakan untuk menubhkan cawangan Amanah di sini”, jelas sumber.

Ditanya mengapa tindakan tersebut dibuat, sumber memaklumkan bahawa individu yang terlibat berhasrat untuk mengambil alih kepimpinan parti di kawasan Teluk Intan atas tujuan-tujuan tertentu.

“Kami lihat mereka ada agenda untuk merampas kedudukan kepimpinan di kawasan ini yang dipiih secara sah sebelum ini dan setiap tindakan yang dibuat didalangi orang tertentu yang mendakwa mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan parti di peringkat nasional” jawabnya.

Menjelaskan berkenaan dakwaan dikasari ketika proses penyiasatan dilakukan sumber berkata perkara tersebut telah dilapor kepada pihak polis dan siasatan sedang dijalankan.

“Mereka cuba merempuh dan petugas cuba menghalang daripada mereka terus membuat kecoh, dan pada ketika itu mereka dakwa ada yang ditumbuk. Laporan polis telah dibuat dan siasatan telah dibuat”, katanya.

Tambahnya lagi, individu yang terlibat dalam isu ini juga mempunyai rekod pemalsuan dokumen dalam projek perumahan di Kampung Padang Tembak sekitar 2017 .