Gagal tahan tangisan selepas dengar komen pedas Mas Hidayu, Sissy Iman sebak hingga hilang kata-kata

Gagal tahan tangisan selepas dengar komen pedas Mas Hidayu, Sissy Iman sebak hingga hilang kata-kata

 

Penyanyi Sissy Imann bagai kehilangan kata-kata selepas diminta mengulas mengenai persembahan di minggu keenam program Famili Duo.

Menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong, Sissy yang bertanding bersama sepupunya, Naim Daniel gagal menahan air mata selepas menerima kritikan Mas Idayu selaku juri tetap.

@xtra_my

Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? 💖 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Pertama sekali, saya minta maaf…” kata Sissy yang tidak meneruskan ucapannya kerana sebak.

Dalam pada itu, Naim mengucapkan terima kasih kerana menerima sokongan orang ramai selain mengakui Sissy memberikan komitmen terbaik sepanjang saingan program Famili Duo berlangsung.

“Alhamdulillah, terima kasih dengan semua komen. Ini program hiburan untuk keluarga. Saya harap semuanya kekal terhibur. Saya dan Sissy percaya, apa sahaja yang kami cuba, kita cuba untuk bereksperimentasi.

“Sekali lagi terima kasih untuk semua yang menyokong. Terutamanya Sissy sebab saya tahu dia memberikan banyak kesungguhan untuk pertandingan ini. Ya, Insya-Allah kita akan cuba lagi pada masa akan datang,” kata Naim.

Dalam persaingan minggu keenam, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.