Gaji kakitangan awam, elaun pesara naik tahun depan?

Gaji kakitangan awam, elaun pesara naik tahun depan?

 

Kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula 2024 selari dengan usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara.

Kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula 2024 selari dengan usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara.

Fahmi berkata, dua perkara ini penting memandangkan tahun hadapan adalah tahun yang penting yang mana ekonomi mula rancak dengan pelbagai pelaburan diperoleh pada tahun ini.

“Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan, beliau menafikan perkara itu memandangkan pelbagai isu boleh timbul antaranya beberapa sistem tertentu perlu dinaik taraf bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

“Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami yang mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki.

“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku yang mana projek tidak berjalan dengan lancar hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan,” katanya.