Gambar isteri tiada di IG, netizen ‘petik’ nama Hafidz Roshdi didakwa curang?

Gambar isteri tiada di IG, netizen ‘petik’ nama Hafidz Roshdi didakwa curang?

 

Sejak semalam, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang aktor lelaki beperwatakkan ‘alim’ kantoi bermesej lucah dengan wanita lain sedangkan sudah beristeri.

Nama kena ‘petik’

Menerusi Harian Metro, pelakon lelaki berusia 20 an itu dikatakan bekas peserta program  pencarian’hero’ dan telah mempunyai dua orang cahaya mata.

Disebabkan itu, ramai yang ‘memetik’ beberapa nama dan salah satunya adalah Hafidz Roshdi melihat daripada kriteria yang disebutkan.

Netizen datang dari FB

Susulan daripada itu, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook.

Ada juga yang meluahkan rasa tidak sangka jika benar pelakon tersebut berlaku curang kerana pernah memujinya yang bernikah dengan wanita bukan dalam kalangan artis sewaktu di awal karier.

Ramai datang baca komen

Baru je puji, rupanya….

Gambar isteri dah takde dalam IG

 

Curang tu pilihan bukan takdir

 

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut belum ada sebarang kesahihannya memandangkan Hafidz dan isteri belum membuka mulut perihal kontroversi yang melanda.

Terdahulu, sumber telah mendakwa bahawa pelakon lelaki yang telah berumah tangga telah kantoi berbalas mesej lucah dengan wanita lain dan isterinya juga mengetahui hal tersebut.

Namun, disebabkan isterinya tidak bekerja, dia hanya memendam sahaja perkara itu walaupun hal berkenaan sudah terjadi sejak dia melahirkan anak pertama lag