GAMIS gesa Pemuda Pas balun UMNO, Bersatu tak kenang budi

GAMIS gesa Pemuda Pas balun UMNO, Bersatu tak kenang budi

Setelah Pas mengakui tidak diberikan sebarang kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, beberapa pimpinan Pas meluahkan rasa kecewa atas perkembangan tersebut.

Tidak terkecuali, kumpulan siswa yang rapat dengan Pas, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) turut menyatakan rasa kecewa atas tindakan rakan sekutu Pas yang tidak memperuntukkan sebarang kerusi untuk PRN Sabah kali ini.

Pengerusi Majlis Politik Nasinal GAMIS, Arman Usman melalui hantaran di facebooknya menggesa supaya sayap pemuda parti itu membuat tindakan terhadap rakan parti yang dikatakan telah mengaibkan pas dan menconteng arang di muka pimpinan mereka.

Pemuda perlu bertindak dengan tegas atas tindakan pihak kawan yang mengaibkan parti, yang cuba menconteng arang dimuka…

Posted by Arman Usman on Thursday, September 10, 2020

“Pemuda perlu bertindak dengan tegas atas tindakan pihak kawan yang mengaibkan parti, yang cuba menconteng arang dimuka pimpinan kita”, tulisnya.

Beliau turut mengingatkan rakan parti supaya tidak melupakan Pas yang telah menghulurkan tangan ketika rakan-rakan partinya dalam keadaan sukar sebelum ini.

“Mungkin mereka sudah lupa, siapa yang menghulurkan tangan ketika mereka sudah hampir mati”, tambahnya lagi.

Pas sebelum ini membayangkan untuk bertanding 10 kerusi dalam PRN Sabah namun tidak diberikan sebarang kerusi setelah beberapa siri rundingan diadakan dalam gabungan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Kegagalan mendapat walaupun 1 kerusi mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pimpinan dan penyokong Pas yang menggesa supaya tindakan wajar perlu diambil sebagai reaksi tidak puas hati atas keputusan tersebut.