Gantung air macam ini dekat dahan, pokok rendang berbuah

Gantung air macam ini dekat dahan, pokok rendang berbuah

 

Pokok buah bila dah sampai masa untuk di tuai, mesti bahagian yang tinggi dan tidak samapai akan terbiar busuk hingga jatuh ke tanah.

Bagaimanapun, ada tip yang boleh digunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam dalam sentiasa rendang walaupun dah berusia.

Teknik untuk memastikan pokok buah sentiasa rendang di panggil “Gravity Lowret”. Teknik tersebut telah di kongsikan oleh D’Pro A’nas di dalam group Facebook Berkebun Di Rumah.

Jom kita baca macam mana nak hasilkan pokok buah yang rendang dan berbuah lebat

Tips Pokok Buah Naik Meninggi, Separas Lutut Dah Berbuah

Sememangnya menjadi masalah untuk kutip hasil jika Pokok buah yang naik meninggi. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok.
Satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin tidak akan berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.

Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.

Tip merendahkan pokok

Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.

Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.

Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.

Cara merendahkan pokok

1.Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.

2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.

Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.

Gantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah

Tujuan kaedah gravity lowert

Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.

Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.

Baja buah

Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.

Cara membungakan dan membuahkan;
– 1 Sudu Makan Baja Novatec Premium.
– 1/2 Sudu Makan Baja TSP
– 1/2 Sudu Makan Baja MKP
– 2 Minggu Sekali.
– Saiz pasu 24 inci.

Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.

Jangan buat pada pokok yang berdahan besar

Perkongsian dari pengalaman ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.

Untuk keselamatan, jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan. Tebang dan tunggu dahan baru. Redha saja kalau pokok dah meninggi.

Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing tetapi boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.

Semoga bermanfaat