Gara-gara berebut lelaki, remaja 19 tahun kena lempang hingga patah gigi

Gara-gara berebut lelaki, remaja 19 tahun kena lempang hingga patah gigi

 

Cinta sememangnya membuatkan orang tak siuman, ada kalanya ia boleh membawa kepada kes jenayah.

Terbaru, dua wanita kini ditahan pihak polis kerana didakwa menampar seorang wanita berusia 19 tahun di Kuala Terengganu gara-gara berebut kekasih.

Menurut laporan Kosmo!, insiden yang berlaku di muara Jambatan Angkat Kuala Terengganu itu terjadi pada 12.46 tengah malam, mangsa membuat laporan selepas mendakwa dirinya ditampar di kedua-dua belah pipi.

Cats 16

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 40 dan 23 tahun tidak berpuas hati dengan mangsa berhubung isu teman lelaki.

“Mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4 pagi, Isnin lalu.

Dia kemudiannya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,”katanya.

Dalam laporan yang sama, difahamkan kedua-dua suspek itu kemudiannya ditahan di sebuah kedai makan di kawasan bandar raya pada kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.