Gara-gara cemburu, isteri tergamak hidangkan suami ‘nasi kangkang’

Gara-gara cemburu, isteri tergamak hidangkan suami ‘nasi kangkang’

 

Gara-gara cemburu seorang isteri didakwa tergamak melakukan perbuatan syirik dengan memberi suaminya makan ‘nasi kangkang’.

Turut kemahuan isteri

Nasi Kangkang

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Pusat Rawatan Islam Ar Syifa, memaparkan seorang lelaki sedang menerima rawatan alternatif tersebut selepas mendakwa dia diberi ‘nasi tangas’ atau dikenali sebagai ‘nasi kangkang’ oleh isterinya.

Nasib suami dapat isteri kuat cemburu, setiap hari diberi makan ‘nasi tangas’. Dah macam lembu kena cucuk hidung. Turuti apa semua kemahuan si isteri.

Cemburu punya pasal sanggup bagi suami makan makanan kotor dan jijik. Sudah bertahun hidup bersama tetapi ada yang sanggup buat benda macam ini.

Dalam pada itu, lelaki tersebut juga mendedahkan bahawa dia pernah mengalami beberapa kejadian aneh dan mistik di rumahnya.

Suaminya beritahu ada yang pelik di rumah, dia selalu mendengar isterinya bercakap seorang diri dan selalu juga nampak kelibat lembaga hitam di dalam rumah.

Sementara itu, dia juga mendakwa kesan daripada perbuatan isterinya itu dia mengalami sakit pada tubuh badan.

Badannya pun sentiasa rasa lemah, tekaknya rasa ada ketulan yang tersumbat. Setiap malam sakit perut dan cirit-birit serta kerap muntah darah.

Selepas waktu maghrib mesti akan bau kemenyan di dapur.

Walau bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan, lelaki tersebut akhirnya berjaya diselamatkan dari perbuatan sihir isterinya.

Alhamdulillah selepas ruqyah keluar muntah dan benda-benda kotor dari dalam perutnya.

@perawatwanitaarsyifaphg

#nasitangas #sihir #santau #suamiisteri #nasikangkang #gangguanjin #temerloh #raub #rompinpahang #bentong #jengka #pahang #fyp #fypシ #beranda #capcut

♬ Tentang Bulan – Amelia Syafiena