Gara-gara dakwaan penyampai ‘Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat’ kerap lakukan ‘body shaming’ terhadap penyampai wanita, tiba-tiba nama KJ pula dipetik netizen

Gara-gara dakwaan penyampai ‘Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat’ kerap lakukan ‘body shaming’ terhadap penyampai wanita, tiba-tiba nama KJ pula dipetik netizen

Body shaming atau ejekan tubuh boleh didefinisikan sebagai perbuatan memalukan seseorang atau menghina fizikal iaitu bentuk tubuh, warna kulit, penampilan, pekerjaan serta kekurangan individu tertentu.

Lebih memalukan apabila perbuatan tersebut dilakukan oleh kenalan baik satu bilik pejabat anda sendiri. Sudah tentu anda berasa serba salah untuk menegur tindakan tersebut memandangkan enggan mengeruhkan hubungan baik dengannya.

Begitulah yang terjadi di konti sebuah stesen radio terkenal milik Media Prima iaitu Hot FM baru-baru ini.

Memetik perkongsian Oh!Media, seorang wanita tampil meluahkan rasa bengangnya apabila ada sesetengah penyampai radio yang membudayakan amalan ‘body shaming’ sebagai bahan lawak dan ‘content’ ketika bertugas. Siapa pula tu?

Wanita tersebut juga mengatakan yang penyampai radio itu juga tergamak ‘body shaming’ rakan penyampainya sendiri ketika di set.

Pengacara atau Dj radio lelaki kat Malaysia ni memang kena guna lawak body shaming @ sexual harrasment. Hostpartner perempuan especially.

Bukan tu jer, wanita itu juga mengatakan salah satu perumpamaan yang digunakan penyampai radio itu adalah ‘drumstick’ yang merujuk kepada bahagian paha rakan penyampainya.

Tapi hang nak buat jadi bahan, tak payahlah sikit-sikit, body parts orang tu, lawak yang dah basi.

Cuba fikir kalau hang, ada lelaki body shaming isteri hang, gunakan bini hang punya kelemahan dan sebutkan bini hang punya drumstick dekat on air, hang rasa apa?

Kalau meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat wanita itu dan berharap agar penyampai radio itu diberhentikan kerana kelakuannya. Malah nama KJ turut dipetik pengguna media sosial memandangkan beliau meruapakan DJ jemputan segmen pagi Hot FM ketika ini.