Gara-gara dicurangi, suami bertindak gila pancung kepala isteri sehingga putus

Gara-gara dicurangi, suami bertindak gila pancung kepala isteri sehingga putus

Gara-gara mengesyaki isteri  bermain kayu tiga, seorang warga emas di India memenggal kepala wanita berkenaan sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri, lapor laman berita Kosmo hari ini.

Dalam kejadian pada 14 Julai lalu, lelaki dikenali sebagai Nakaphodi Majhi, 55, dari Dhenkanal, dalam negeri Odisha itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya,  kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan).

Disebabkan berang dan menuduh mangsa berlaku curang terhadapnya,  Nakaphodi mengambil sebilah parang lalu  memenggal kepala isterinya.

Pada keesokan paginya, dia dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gondia untuk menyerah diri sambil memegang kepala mangsa.

Penduduk kampung yang gempar melihat perbuatan Nakaphodi bertindak menangkap lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Polis membuka kertas siasatan  kes tersebut. Hasil pemeriksaan awal, polis menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.