Gara-gara dikecam bergambar dengan aksi ‘minilove’, peguam Siti Bainun tampil dedah punca

Gara-gara dikecam bergambar dengan aksi ‘minilove’, peguam Siti Bainun tampil dedah punca

PERBICARAAN kes membabitkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dituduh mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella menarik perhatian ramai.

Saban hari warganet mengikuti dan membincangkan secara terperinci tentang perkembangan kes berkenaan daripada pelbagai sudut berdasarkan laporan media.

Tidak terkecuali menceritakan tentang prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu ialah salah seorang peguam pasukan pembelaan Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan.

Menerusi Twitter, Nurul Hafidzah berkongsi transkrip cross examination atau soal balas pihak peguam Siti Bainun.

Ciapan Twitter beserta gambar berkumpulan bersama Siti Bainun undang kecaman netizen

Ciapan Twitter beserta gambar berkumpulan bersama Siti Bainun undang kecaman netizen

Namun netizen memandang daripada sudut berbeza apabila foto barisan peguam bergambar dengan Siti Bainun yang dikongsikan Nurul Hafidzah bagi mengiringi rantaian ciapannya lebih menarik minat mereka.

Secara khususnya ia terarah kepada keceriaan peguam dengan ada antara mereka yang menunjukkan simbol tangan ‘mini love’ dan ‘peace‘.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan foto berkenaan dan mula mempertikaikan tahap profesionalisme barisan peguam.

“Saya faham tugas peguam. Wakili client, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love and peace, tak tau nak cakap apa.

Antara netizen yang mempersoalkan kewajaran simbol tangan

Antara netizen yang mempersoalkan kewajaran simbol tangan

“Seorang remaja didera dan anda dengan bangganya menyiarkan gambar dengan pendera?

“Saya tahu anda menjalankan tugas tetapi untuk menyiarkan gambar ini bersama-sama dengan thread adalah sangat tidak perlu. Menjijikkan!” tulis netizen.

Justeru Nurul Hafidzah ketika dihubungi mStar menjelaskan tentang hal berkenaan agar masyarakat tidak terkeliru dengan isu yang menjadi pertikaian di media sosial.

“Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni”.

NURUL HAFIDZAH

“Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).

“Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

Sementara itu mengulas tentang cross examination yang dikongsikannya di Twitter, Nurul Hafidzah berkata perkara itu dibuat memandangkan kes Siti Bainun dibicarakan di mahkamah terbuka.

Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.

Parut dan kecederaan Bella yang didakwa dilakukan Siti Bainun.

Badan Bella dipenuhi parut dan luka.

“Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis. Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran mahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi.

“Media boleh cakap apa yang berlaku semasa cross examination tu… tapi (orang ramai) kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan jawapan seterusnya,” jelasnya.

Dalam pada itu menjawab tuduhan yang mengatakan dia dibayar dengan sejumlah wang sehingga sanggup membela Siti Bainun, tegas Nurul Hafidzah dia tidak menerima sebarang bayaran.

“Saya bersetuju untuk membantu kes ini selepas meneliti dokumen yang ada. Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” katanya lagi.